Baby Hello Kitty
JellyPages.com

Monday 21 September 2015

Thailand - Visiting Time in Songkhla & Hatyai


mosh mosh

post kali ni nak tulis pasal visiting place in songkhla - hatyai. Since kami bermasutatin kt songkhla ni, kami g la visit place around songkhla dengan bantuan kereta kawan thai ..klu tak rasanya patah kaki gak sbb sini public transportation dia agak limited time operasi nya..

kay..first place kami g masa sampai adalah ke:

1) ASEAN MARKET- HATYAI

Ni tempat mcm uptown ke downtown mcm tu la..ada jual bundle and baju2 and macam2 la kat sini. Kat bahagian bawah ada stall jual barang2 and bahagian atas jual makanan. Ada kedal halal food disini, so no worries kepada yg muslim (sep sikit =) ) ..





2) Foreigner Street in Songkhla

Nama street ni bukan foreigner kay, ada nama thai dia, tapi lupa ^@^..kat sini ada kedai2 dimana foreigner suka pergi, kira pusat la utk foreigner katanya. Tapi ,masa kami visit tu tak banyak pun foreigner tu, keke... tp ada satu kedai roti kat sini, nyaman la jugak..kedai muslim jual roti canai pelbagai rasa and murtabak gitu...ala2 mamak kita la.. tp muslim thailand yg buat.



3) Night Market Songkhla

Night market songkhla ni terletak di walking street of songkhla. Open on friday night and saturday night only. sunday closed. Night market ni tempat dia best..you can eat while shopping barang2 disini. Makanan halal pun senang nk dapat tapi kena careful tengok sign halal kay. Sini smua benda boleh cari dari pokok2, baju, kasut..bak kata barang yang kita guna harian la... yang bestnya, setiap kali night market ni, akan ada persembahan dari university2 di southern thailand ni. Dorg akan buat pelbagai persembahan ikut masing2 nya idea. Haritu kami pergi, ada 2 university buat persembahan. Yang satu universityu tu buat persembahan joget lambak sambil menjerit nyaring *urutkepala* .. tak paham kenapa dia nak menjerit mcm pontianak weyh..sini students2 dia mmg suka menjerit *sambung urut kepala* ..Yang lagi satu university tu wat lakonan pendek mcm tu..kebetulan time kami tengok, tengah babak pasangan gay bergaduh ^_^ .. comel pun ada gak time dia pujuk tu ..ahahaha.. adeh.. #duniaakhirzaman .. afta almost sejam gak la layan persembahan dari dua university tu, kami g cari makanan and minuman. Harga range makan siniokay la.. strawberry blended 30baht, mee goreng 10baht (kecik) tapi sedap. jadinya kami beli makanan disini and berkelah di tepi kepala dragon kat samila beach =)


Walking Street before night market starts
Night Market at Walking Street, Songkhla
Night Market at Walking Street, Songkhla 
Night Market at Walking Street, Songkhla 
Night Market at Walking Street, Songkhla 
speagethi sotong - 25baht (RM2.5)
cotton thai .. yang sarung je 120 baht and kain pasang dlm range 650 baht
Halal stall that sell variety of drinks.. cha kiaw 20 baht here.
Cha kiaw aka Green tea. Minuman wajib disini.. harga 20baht (RM 2)

4) Monumen Naga and Golden Mermaid

Haa..al-kisah monumen naga ni kan, kat songkhla ni ada 3 bahagian naga yang u guys must look and find. 3? ahhaa...haa...naga kan panjang..jadinya di daerah songkhla ni, bahagian2 naga yang terdiri daripada kepala, badan dan ekor di letakkan di 3 kawasan berdekatan dengan pantai. Kira macam naga sedang crawling dalam tanah la..kan panjang badannya..ekor timbul, badan timbul and last kepala kat hujung pantai...gitew.

monumen naga 
golden mermaid
monumen naga

5) Tone Nga Chang Waterfall - Upper Hatyai

Kay, ni waterfall terletak kat upper hatyai. Jauh perjalanan dari songkhla nk ke sini. Kami pergi naik kete kwn thai kami nama Jay.. since rombongan kami rasanya 13org kot..jadinya kami tong2 la duit minyak ..sorg byr 20baht je ..murah kan? Thanks Jay!

Ada entry fees kat sini.. if foreigner you have to pay 200 baht and local around 30baht klu x silap. Jadinya, since rombongan kami mmg smua foreigner except jay sorg..dia la yg belikan tiket..to lucky us, we got the local price weyh..yeay! if you guys nk ke sini, better g ngan local people..biar dia yg g belikan..u can save alot!

Ada pelbagai level waterfall sini...taksilap 7level *nanges* ..bincang punya bincang smua stuju nak g level 2 *phew* .. level 2 pun dah cantek weyh.. tp nk ke level 2 tu take 20min hiking gak la..agak steep tapi moderate. Lecak gak la ketiak bila sampai... tp worth it

Tone Nga Chang Waterfall
Tone Nga Chang Waterfall
Tone Nga Chang Waterfall
Rombongan Cik Kiah - MAIN CINTA


6)Festival mall and Greenway Night Market - Hatyai

Festival mall ni mcm ordinary mall yg ada dimalaysia uolls. nothing special pun. Tapi b4 nak masuk mall ni, kena body check kau..ala,macam kat airport tu..nampak tak security dia mcm mana? nebes mak tp okay la..safety first here. dah singgah sini, cukup gak la ktrg tawaf dua kali..then singgah makan ice cream at swensen..layankan aje =)

Then afta finish ni, ktrg ke greenway night marjet lak. super big u olls night market dia...rambang mata..nk cr apa smua ada disini...cuma xde la benda2 mcm souvenier ke..so for us boring la kat sini sbb benda lain smua dh ada -.- .. lama gak berlabuh kat sini sampai mlm jam 8lebih klu x silap b4 heading back to songkhla ..

greenway night market, hatyai
greenway night market, hatyai

7)Art street, Songkhla

Di songkhla pun ada art street hokay..ingat kt perak and penang je? kekeke.. street art songkhla ni terletak tak jauh dari university rajamangala ni..di area bangbun sana..tp kalau nk menapak tu mmg nanges la. Street art nbi dia terletak ditgh2 gerai2 area bangbun sana. Tak banyak pun street art dia, satu dinding panjang sahaja.. tapi is a must go place while u in songkhla =) ps: time ni kami megular time kerja >.<




8) Border Padang Besar sempadan Thailand - Malaysia

On 5th september 2015, kami main cinta ke border padang besar untuk menghantar kawan2 malaysia kami pulang _._ hantar je la tapi..kenapa border nk masuk entry plak? sebabnya saje nk bg gmbaran apa and mcm mana kat border tu..kekke..kat border ni ada satu mall duty free. Dalam tu ada jual barangan malaysia okay..malaysia! dia terima dua2 currency.. either malaysian ringgit or thailand baht, jadinya no worries. Since me bnyk duit malayisa, apa lagi, borong la brg2 makanan malaysia..oh mai,heaven! Lokasi duty free ni in between malaysia and thailand..jadinya xperlu berpasport bagai nk cross border la apa..xperlu. 

Sempadan Thai-Malaysia at Padang Besar

Duty Free Mall
rombongan cik kiah main cinta
rombongan cik kiah main cinta
rombongan cik kiah main cinta
Thailand-Indonesia-malaysia Pasport =)
Stock yang dapat diburu dari duty free mall ^@^

Malaysia Imigresen

9) Temple Wak Klang, Songkhla

Temple ni pun terletak berdekatan art street songkhla. Walking distance aje.. tapi before kitrg g lawat temple ni, kitrg g berurut dulu tahu? Harga urut tu 175baht (RM 17.5)..murah kan? full body for 1hour.. berbaloi =) kay..temple ni nama dia teple wak klang. Ia dibina sejak 300 tahun dulu katanya. Since kami free, kami pun masuk la and bersakan la tangkap gmbr  and video..kemain. Temple ni bnyk anjing, jadi carefull la jangan sampai terpijak najis2 nya ^@^.. satu kerja nk samak dibumi songkhla kang =p





L.O.V.E yg tak berapa nak jadi =D


L.O.V.E u much >.<

Ni Chinese assembly in songkhla 

Rasanya sampai disini dulu. Nanti sambung lagi dengan tempat2 lain disini.. sat lg nk g samila beach, makan sangkaya ice cream..selagi disini, selagi tu den nk mkn sebnyk boleh sangkaya ni...balik malaysia nnt mahal tahu?

Till next post

xoxo







Tuesday 15 September 2015

Thailand Cruisine - Tom Yam Kung and Pla =)

mosh mosh

Last 2 days i.e. 14th Sept 2015, me and my friend learn how to make tom yam kung and pla..original thai receipe tahu? One of our office staff ask if we are free to join her cook tom yam kung that night...apa lg, "chai" kan aje =)

First me senaraikan bahan2nya untuk buat tom yam kung and pla itu hokay

Ingredients:

1) Fish - rie guna ikan talapia and ikan jenahak
2) Kung aka udang
3) lengkuas, cili padi, bwg putih,bwg merah, daun limau perut, serai,daun ketumbar, daun bawang,bawang merah besar, tomato
4) Thai chili paste, gula melaka and lemon juice
5) Santan RM4

Cara-cara :

Bahan A
Goreng dulu ikan jenahak tanpa garam & kunyit. Ketepikan <= ni options. if xnak pun okay.
reason goreng sebab nak ilangkan bau ikan katanya.
Udang hendaklah dibasuh dan dikeluarkan tahi kepalanya dulu =)

Bahan B
Tumbuk and lumatkan cili padi dangan 2 ulas bwg putih and bwg merah
Tumbuk lengkuas and racik bawang merah besar
Potong kecik2 dua ulas serai secara selanting
Potong tomato kecik2 juger

Bahan C
5 sudu besar lemon juice, 2 sudu besar chili paste, satu sudu gula melaka

Bahan D
Racik kan daun ketumbar dan daun bawang

1st step: Panaskan santan dalm periuk + Bahan B sampai mendidih

2nd Step: Masukkan Bahan C and kacau slow2 sampai sebati semuanya. Masukkan garam secukup rasa

3rd step: Masukkan udang and biarkan seketika sampai udang cukup masak.

4th step: Lastly masukkan Bahan A kedalam periuk dan taburkan Bahan D. Then matikan api.

Siap!

Simple kan? haa..the trick here is how you balance the amount of lemon juice, garam and gula tu. pandai2 la masukka ikut citarasa masing2, diatas tu setakat guideline, yang selebihnya ikut lidah and feel masing2 kay...

Selamat mencuba ^_^

Bahan A
Bahan B
Bahan C
This is the Thai Chilli Paste yang digunakan.
Tak sure thai paste yg kat malaysia tu ada sama rasa or tak =)
End product of our Tom Yam kung and Pla ^_^

xoxo

F.O.O.D in S.O.N.G.K.H.L.A

mosh mosh

post kali ni bout food in songkhla... *perutkrukkruk =p ..ahaha..makanan kt sini sedap2 weyh..tom yam, sam tam papaya, sangkaya fakthong, sangkaya ice cream and so on..u named it, semua sedap2..masakkan thai kan, taste mmg hampir sama ngan malaysia cruisine...tak caya? mohon cuba >.<

First start with the normal or everyday food yang kami makan disini. Depan rajamangala university of technology ni ada sebuah kedai muslim - namanya "bangbau".. sini foodnya halal and banyak choice and murah..haaa..

if you ambik nasi + 2 lauk = 35 baht aka RM3.5 ,
Tapi if you ambik lauk yg sedikit besar sizenya mcm ikan besar or ayam seketul besar, berbeda sedikit harganya, tapi still murah..dalam range 40baht (RM4) hingga 50baht (RM5). Murahkan? siap ada free flow ulam (timun, kacang botol, kubis and sambal belacan) + air kosong. Sangat murah. Kedai ni mmg menjadi pilihan students muslim n nonmuslim disini. psst: and teacher juger >.<

My 1st meal here in bangbau,songkhla - 45 baht (RM4.5)

makanan lunch .. ulam dan air free flow - 35 baht (RM3.5)

Second ialah makanan sam tam pataya and pla du foo aka ikan leleh.. dua2 sedap weyh! nanges tersedu-sedu den makan tahu T_T.. ingredients dia adalah unsalted peanuts, green papaya, telur masin, kacang panjang, tomato, dried shrimp and chili..apatah lg, tapi camtu la bahan2 dia..sumpah sedap weyh! tgk luaran mcm apa je kan, skali makan..nanges + sedu-sedu tahu? aku ni xsuka sgt kerabu sbb tgk rupa mcm kerabu kan kan? tapi....fuhhh~ Gambar aritu ada snap, tp mcm dh buang =p .. jadi gmbr google la alamatnya.. nanti nak blaja buat sam tam ngan org thai, next post insyallah akan upload guanne nak buat sam tam kay..semangat nieh =D untuk ikan leleh tu, ingredients dia tak tahu =D..tak sempat nak bertanya lagi. 

canni la rupanya... aroi mak mak!!!! T_T
Pla du foo aka Ikan leleh T_T

Third adalah ice cream sangkaya...nyum!! ice cream ni skrg kt malaysia tgh nk naik popular..tp kat malaysia dia jual dalam tempurung kelapa..jadinya jenuh la den mencari ice cream dlm tempurung kelapa kt sini..sampai sudah pun x jumpa ..ahahhaa..ngek, kat sini dorg letak dlm cup or bowl je weyh..malaysia je dramatic letak dlm tempurung ^-^ .. first rs ice cream tepi pantai samila, area berdekatan dengan golden mermaid.. yg pasti halal la...nyaman!! rs santan dia weyh..heaven..kami ambik yg besar nya.. harge 35 baht (RM3.5)..mcm makan nasi berlauk kau harga dia (_._')...
Sangkaya ice cream near golden mermaid, samila beach
Sangkaya ice-cream near art street, songkhla


















Seterusnya adalah Green Tea aka " cha kiaw" . Ni mmg feberet den kat sini weyh.. lain rasa green tea kt malaysia yg slalu den minum yg boh tu ..sini dorg guna serbuk green tea tu and perah utk dijadikan green tea.  almost everyday gak la den buat green tea kt opis...kekkee..opis ni mmg ada supply green tea kt pantry dia,apa lg..blaja la den buat >.< ... now dh pro buat kay, cuma if ikut betul2 sukatan dorg, sumpah manis...jadinya kita modified sikit ^.^

Senang je buat green tea ni. cara2nya:
1. kena ada serbuk green tea
2. susu pekat and ideal milk

first panas kan tea kasi kembang, then tapis (ala, mcm buat teh tarik tu), then tapis utk dptkan tea tu, sukat susu and ideal milk to ur taste and kacau..letak dlm cwn ada ice..settle ...wee..everyday den ngadap green tea ni =). Gambar everyday buat xde la plak..tp gmbr beli nya green tea ada la...cam kt bwh,.. nmpk pun dh nyaman kan?

cha kiaw beli depan university harga 15 baht (RM1.5) je T_T

Second last is the food yang jual kat walking street songkhla aka night market here. hehe..banyak je makanan-makanan, minuman and benda2 dijual disini, tapi ada makanan yg dicari2 and femes di thai..hehe..iaitu pelbagai serangga goreng..perh..tgk je nyaman weyh (tahan nk muntah) ...ahahaha..jalan punya jalan, tetiba cik ul ul kita tunjuk satu gerai ni..skali pandang...oh mmm gee..jumpa! kekeke.. tapi berani tengok je la ^.^ .. sempat la snap pic..peniaga tu pandang senyum je ..heh..maap,jakun tu wajib la bg kami  >.<

pilih-pilih nak mana satu? ^@^

Lastly ialah makanan noodle ni. Lupa la nama, tapi sedap. lokasi kedai ni berdekatan dengan masjid area bangbau. kat songkhla ni ada 2 je masjid, jadinya taksusah nk cr kedai ni..nama dia pun den lupa ^.^... kedai ni mmg femes sedap mee dia..tapi cara makan mee ni pelik sikit. you have to campur kacang, fish sauce, cili sauce, chili flakes dan gula sehingga secukup rasa. At first mmg reluctant giler nk masuk benda-benda alah ni, last2 member thai ktrg tu tolong bancuhkan..sumpah sedap weyh..jadi moral of the story, campur je bile disuruh, ada sebab kay ...kekeke...harga satu ni 50baht (RM 5). Makanan noodle kt songkhla ni mmg agak mahal if makan nasi..aku rs kt malaysia pun camtu ^_^ ..  

nanti update nama ^@^ 
kay, berhenti disini dulu post entry food in songkhla..jam dah tunjuk kul 430pm waktu tempatan songkhla and 530 jika di malaysia. ini masa balik kami =) 

p/s: sambil wat entry post ni den dgr lagu-lagu thai tahu? best *thumbsup 

till next post
xoxo