Baby Hello Kitty
JellyPages.com

Sunday, 13 November 2016

November 14th, 2016

Annyeongg

mosh...*tiup buang abuk* ^_^ ..

sethn kau last update blog. nampak la busy dia kat situ =P .. anyway, xde benda nk update, that is why..yaaa.. yup, life is boring, well in my case it is =( .. 

This year? whats happening? well..on last april, im presenting my progress report...and its su**! couldnt careless.. just do whatever i have to do.. all i care is i want to finish this study!! feed up with it already... xleh dah pandang research2 ni... muak! and i have other bigger things i hope will soon be happening. I.A .. just pray and hope for it. Before that, i have to finish my analysis data and write up soonest! aaaa.. my last system running is still pending..apak ah malas nk stat lab blk! last kopek pun bercinta weyh...grrr.. fishh, still talk about research dlm blog? ergghh..dah2..

Kay, sum up tahun ni.. awal tahun me n family naik cameron highland...maintain sejuk hokay!loving it! bulan 4 g korea...superb suka!!! and bulan 9 aritu g phuket ..okay la, dh raining season kan, so snorkeling and beach activities terkandas...now akhir thn xde plan bercuti kemana2.. now hujan je memanjang..sejuk ..heh

tu je =D .. till next post =)

xoxo

Tuesday, 13 October 2015

Sangkaya Fak Thong aka Pumpkin Castard

holla

ha, kali ni episode #bilakittymasukdapur, den nk tunjuk cara2 nak buat thailand desserts. i tell you, nyaman bangat! nyummmss... nama desserts ni sangkaya fak thong akak pumpkin desserts. Al-kisahnya, satu hari tu, rie bawak dessert ni ke opis..tujuannya tak tahu la kan, tapi dia bagi kami rasa..nyaman!! dari situ la kmi kenal and jatuh cinta dgn desserts ni..terus mintak rie ajarkan =)

Bahan2nya,, ;

1. Pumpkin.. cari yang kecil2 nya.. kira2 macam besar sikit dari tapak tangan
2. Telur itik 6 biji .. (jenuh den cari kt giant and tesco..xde *hembushidung)
{ratio 1 labu:2biji telur itik}
3. Telur Ayam 5 biji {ratio 1 labu :1-1/2 biji telur ayam}
4. Daun Pandan .. ambik la 3 ke 4 ke..
5. Daun serai .. sehelai sudah
6. Gula melaka 9 ketul size sederhana(ni size thai nya), kalau malaysia yg biasa panjang tu kan?budget la ambik 3 ke 4 sudah {ratio 1 labu: 3ketul gula melaka size sederhana}
7. 2 ulas bawang merah yang diracik2
8. Santan kita budget RM3 - Rm4


Bahan A
1. Tebukkan Labu dan buang segala bagai isi didalam nya. (Refer figure A)

Bahan B
2. Pecahkan telur itik, telur ayam
2. Potong daun pandan dan sehelai daun serai
3. Tumbuk dan hancurkan gula melaka sehingga betul2 hancur
4. Racik bawang merah kecil 2 ulas

Bahan C
Perah santan bagu yang buat secara manual or beli santan yang berharga antara RM3- RM4 kay


Cara-caranya

Step 1: Masukkan kesemua Bahan B kedalam Bowl

Step 2: Ramaskan kesemua bahan di step 1 tersebut dgn mgunakan tangan. Pastikan kesemua bahan tadi gaul dengan sebati

Step 3: Selepas sebati bahan B, masukkan Bahan C dan kacau hingga sebati

Step 4: Masukkan bahan dari Step 3 ke dalam Bahan A

Step 5: Sediakan Steamer

dan steam kan labu tadi selama sejam. Untuk pastikan castard dalm labu tu dah solidified, gunakan garpu dan cucuk tengah2 lubang labu. If garfu tu keluar basah, panjangkan masa steam, if keluar garpu tu kering, dah masak namanya =)

Keluarkan dan sejuk kan dalam peti ais semalaman atau sehingga sejuk.

Selamat Mencuba 

Figure A - how to make a hole in the pumpkins
Ingredients for 2 Pumpkin Custard
p/s: there are some ingredients i put extra, but recommended for you to stick to the ratio stated above. 

Bahan B except the pumpkins and coconut milk ^_^

Selepas di gaul acuan sehingga bati, tapis dan masukkan air yang ditapis kedalam pumpkins =)

kukus selama sejam dan tambah masa jika custard belum mengeras

The look bila dah masak

Our desserts almost done =)

wallar..siap dan boleh makan...aroi mak mak!!!


Till nect post
xoxo







Monday, 21 September 2015

Thailand - Visiting Time in Songkhla & Hatyai


mosh mosh

post kali ni nak tulis pasal visiting place in songkhla - hatyai. Since kami bermasutatin kt songkhla ni, kami g la visit place around songkhla dengan bantuan kereta kawan thai ..klu tak rasanya patah kaki gak sbb sini public transportation dia agak limited time operasi nya..

kay..first place kami g masa sampai adalah ke:

1) ASEAN MARKET- HATYAI

Ni tempat mcm uptown ke downtown mcm tu la..ada jual bundle and baju2 and macam2 la kat sini. Kat bahagian bawah ada stall jual barang2 and bahagian atas jual makanan. Ada kedal halal food disini, so no worries kepada yg muslim (sep sikit =) ) ..





2) Foreigner Street in Songkhla

Nama street ni bukan foreigner kay, ada nama thai dia, tapi lupa ^@^..kat sini ada kedai2 dimana foreigner suka pergi, kira pusat la utk foreigner katanya. Tapi ,masa kami visit tu tak banyak pun foreigner tu, keke... tp ada satu kedai roti kat sini, nyaman la jugak..kedai muslim jual roti canai pelbagai rasa and murtabak gitu...ala2 mamak kita la.. tp muslim thailand yg buat.



3) Night Market Songkhla

Night market songkhla ni terletak di walking street of songkhla. Open on friday night and saturday night only. sunday closed. Night market ni tempat dia best..you can eat while shopping barang2 disini. Makanan halal pun senang nk dapat tapi kena careful tengok sign halal kay. Sini smua benda boleh cari dari pokok2, baju, kasut..bak kata barang yang kita guna harian la... yang bestnya, setiap kali night market ni, akan ada persembahan dari university2 di southern thailand ni. Dorg akan buat pelbagai persembahan ikut masing2 nya idea. Haritu kami pergi, ada 2 university buat persembahan. Yang satu universityu tu buat persembahan joget lambak sambil menjerit nyaring *urutkepala* .. tak paham kenapa dia nak menjerit mcm pontianak weyh..sini students2 dia mmg suka menjerit *sambung urut kepala* ..Yang lagi satu university tu wat lakonan pendek mcm tu..kebetulan time kami tengok, tengah babak pasangan gay bergaduh ^_^ .. comel pun ada gak time dia pujuk tu ..ahahaha.. adeh.. #duniaakhirzaman .. afta almost sejam gak la layan persembahan dari dua university tu, kami g cari makanan and minuman. Harga range makan siniokay la.. strawberry blended 30baht, mee goreng 10baht (kecik) tapi sedap. jadinya kami beli makanan disini and berkelah di tepi kepala dragon kat samila beach =)


Walking Street before night market starts
Night Market at Walking Street, Songkhla
Night Market at Walking Street, Songkhla 
Night Market at Walking Street, Songkhla 
Night Market at Walking Street, Songkhla 
speagethi sotong - 25baht (RM2.5)
cotton thai .. yang sarung je 120 baht and kain pasang dlm range 650 baht
Halal stall that sell variety of drinks.. cha kiaw 20 baht here.
Cha kiaw aka Green tea. Minuman wajib disini.. harga 20baht (RM 2)

4) Monumen Naga and Golden Mermaid

Haa..al-kisah monumen naga ni kan, kat songkhla ni ada 3 bahagian naga yang u guys must look and find. 3? ahhaa...haa...naga kan panjang..jadinya di daerah songkhla ni, bahagian2 naga yang terdiri daripada kepala, badan dan ekor di letakkan di 3 kawasan berdekatan dengan pantai. Kira macam naga sedang crawling dalam tanah la..kan panjang badannya..ekor timbul, badan timbul and last kepala kat hujung pantai...gitew.

monumen naga 
golden mermaid
monumen naga

5) Tone Nga Chang Waterfall - Upper Hatyai

Kay, ni waterfall terletak kat upper hatyai. Jauh perjalanan dari songkhla nk ke sini. Kami pergi naik kete kwn thai kami nama Jay.. since rombongan kami rasanya 13org kot..jadinya kami tong2 la duit minyak ..sorg byr 20baht je ..murah kan? Thanks Jay!

Ada entry fees kat sini.. if foreigner you have to pay 200 baht and local around 30baht klu x silap. Jadinya, since rombongan kami mmg smua foreigner except jay sorg..dia la yg belikan tiket..to lucky us, we got the local price weyh..yeay! if you guys nk ke sini, better g ngan local people..biar dia yg g belikan..u can save alot!

Ada pelbagai level waterfall sini...taksilap 7level *nanges* ..bincang punya bincang smua stuju nak g level 2 *phew* .. level 2 pun dah cantek weyh.. tp nk ke level 2 tu take 20min hiking gak la..agak steep tapi moderate. Lecak gak la ketiak bila sampai... tp worth it

Tone Nga Chang Waterfall
Tone Nga Chang Waterfall
Tone Nga Chang Waterfall
Rombongan Cik Kiah - MAIN CINTA


6)Festival mall and Greenway Night Market - Hatyai

Festival mall ni mcm ordinary mall yg ada dimalaysia uolls. nothing special pun. Tapi b4 nak masuk mall ni, kena body check kau..ala,macam kat airport tu..nampak tak security dia mcm mana? nebes mak tp okay la..safety first here. dah singgah sini, cukup gak la ktrg tawaf dua kali..then singgah makan ice cream at swensen..layankan aje =)

Then afta finish ni, ktrg ke greenway night marjet lak. super big u olls night market dia...rambang mata..nk cr apa smua ada disini...cuma xde la benda2 mcm souvenier ke..so for us boring la kat sini sbb benda lain smua dh ada -.- .. lama gak berlabuh kat sini sampai mlm jam 8lebih klu x silap b4 heading back to songkhla ..

greenway night market, hatyai
greenway night market, hatyai

7)Art street, Songkhla

Di songkhla pun ada art street hokay..ingat kt perak and penang je? kekeke.. street art songkhla ni terletak tak jauh dari university rajamangala ni..di area bangbun sana..tp kalau nk menapak tu mmg nanges la. Street art nbi dia terletak ditgh2 gerai2 area bangbun sana. Tak banyak pun street art dia, satu dinding panjang sahaja.. tapi is a must go place while u in songkhla =) ps: time ni kami megular time kerja >.<




8) Border Padang Besar sempadan Thailand - Malaysia

On 5th september 2015, kami main cinta ke border padang besar untuk menghantar kawan2 malaysia kami pulang _._ hantar je la tapi..kenapa border nk masuk entry plak? sebabnya saje nk bg gmbaran apa and mcm mana kat border tu..kekke..kat border ni ada satu mall duty free. Dalam tu ada jual barangan malaysia okay..malaysia! dia terima dua2 currency.. either malaysian ringgit or thailand baht, jadinya no worries. Since me bnyk duit malayisa, apa lagi, borong la brg2 makanan malaysia..oh mai,heaven! Lokasi duty free ni in between malaysia and thailand..jadinya xperlu berpasport bagai nk cross border la apa..xperlu. 

Sempadan Thai-Malaysia at Padang Besar

Duty Free Mall
rombongan cik kiah main cinta
rombongan cik kiah main cinta
rombongan cik kiah main cinta
Thailand-Indonesia-malaysia Pasport =)
Stock yang dapat diburu dari duty free mall ^@^

Malaysia Imigresen

9) Temple Wak Klang, Songkhla

Temple ni pun terletak berdekatan art street songkhla. Walking distance aje.. tapi before kitrg g lawat temple ni, kitrg g berurut dulu tahu? Harga urut tu 175baht (RM 17.5)..murah kan? full body for 1hour.. berbaloi =) kay..temple ni nama dia teple wak klang. Ia dibina sejak 300 tahun dulu katanya. Since kami free, kami pun masuk la and bersakan la tangkap gmbr  and video..kemain. Temple ni bnyk anjing, jadi carefull la jangan sampai terpijak najis2 nya ^@^.. satu kerja nk samak dibumi songkhla kang =p





L.O.V.E yg tak berapa nak jadi =D


L.O.V.E u much >.<

Ni Chinese assembly in songkhla 

Rasanya sampai disini dulu. Nanti sambung lagi dengan tempat2 lain disini.. sat lg nk g samila beach, makan sangkaya ice cream..selagi disini, selagi tu den nk mkn sebnyk boleh sangkaya ni...balik malaysia nnt mahal tahu?

Till next post

xoxo